Monday, August 31, 2009

Hepy Merdeka ke-52

Merdeka!Merdeka!Merdeka!!Marila kita sama-sama laungkan kata-kata keramat ney ngan penuh patriotiknya..moga-moga akan terbit sekelumit kesedaran dalam hati dan diri kita sume generasi hari ini akan peri pentingnya 31 Ogos dalam kalendar negara bermula pada tahun 1957..Alhamdulillah dah 52 tahun sudaa usia kemerdekaan negara kita..seusia dengan umor abah haku yang juga berusia 52 tahun..Sepanjang 52 tahun ney jugak negara kite telah melalui arus anjakan paradigma yang bukan sedikit malah terlalu besar untuk aku coretkan..sebagai gadis sunti yang turut lahir pada bulan Kemerdekaan ini..sikit sebanyak darah patriotik telah mengalir dalam tubuh ini..ditambah pula dengan status cegu yang bisa mengajar matapelajaran Sejarah tidak boleh tidak aku harus punya semangat ini dalam diri..fuhh!korang jangan jeles yer..ini bukan buat-buat tawu..siyes talking punye kate orang putih..

Tema kemerdekaan tahun ney memang sume pon sedia maklum..iklan kat tiwi pun semarak je kempen n promote ttg 1Malaysia..Tapi ingin jugak aku wawarkan disini bahawa temanya adalah "1 Malaysia: Rakyat Diutamakan,Pencapaian Didahulukan"..Wahh..memang besar maksud dan pengertian disebalik tema tuh..Pada haku memang seswai sangat la tema tersebut dengan keadaan, iklim dan latar bakang negara kite ney..Dibawah pimpinan Datuk Seri Najib bin Tun Razak kata-kata keramat ney telah diterbitkan bila die mula memegang pucuk pimpinan negara kita..Harus diingat disini konsep 1Malysia ney bukanlah satu Dasar mahupun Wawasan baru kerajaan yer..tapi ia lebih kepada aspirasi negara untuk memperbaiki hubungan kaum di negara kite bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Jadinye perkara asas yang perlu diwujudkan adalah 'semangat perpaduan'.  Semangat perpaduan ney pulak akan dapat dicapai andai setiap rakyat negara ney ade rase tanggungjawab, hormat-menghormati, ikhlas dan saling percaye antara satu sama lain..

Persoalannya disini..bagaimana kita sume menghayati makna disebalik tarikh 31 Ogos iney..Ingat ia bukan la satu keraian semata-mata..apetah lagi sekadar pesta bunga api dan perarakan warna warni..tapi ia adalah tarikh keramat yang menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat..lepaskan fikiran diri kalian sume dari penjajah..

Peace yeah!!

No comments:

Post a Comment